Geng Kami..

Contoh Pengajaran (Modul)


PENGENALAN.


Menurut Hashim Awang 1985 kesusasteraan didefinisikan sebagai ciptaan atau hasil seni yang disampaikan melalui bahasa ; sastera membentuk tamadun; hubungannya rapat dengan masyarakat iaitu situasi yang berlaku melibatkan pergolakan yang berlaku dalam masyarakat. Kamus Dewan pula mendefinisikan karya kesusasteraan sebagai hasil seni iaitu karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu. Menurut Siti Hawa Salleh (1997) pula menyebutkan kesusasteraan meliputi segala hasil penciptaan yang menggunakan alat pertuturan atau bahasa dan tulisan sebagai alat penyampainya.

Penerapan Kesusasteraan Melayu dalam proses pembelajaran dan pengajaran perlu dilihat sebagai suatu usaha membina jati diri Melayu bagi generasi masa hadapan khususnya remaja. Secara tidak langsung sebenarnya Kesusasteraan Melayu membolehkan pelajar untuk  melakukan perkara yang berikut :

  1. Memahami teks dan menganalisis aspek sastera
  2. Mengapresiasi karya melalui aktiviti pembelajaran
  3. Menghayati dan menghargai estetika bahasa dan sastera
  4. Menghargai penulis dan karya
  5. Memberikan pandangan, menilai karya secara kritis, dan menyuburkan nilai kemanusiaan di samping memupuk semangat cintakan negara
  6. Menghasilkan karya sastera yang pelbagai, sesuai dengan kebolehan murid
  7. Memupuk budaya membaca


CONTOH MODUL PENGAJARAN.

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu bagi Tahun Tiga.

TEMA
NILAI MURNI
TAHUN
3 TEKAD
TAJUK
Kisah Rama-rama Yang Sombong
MASA
9.30 – 10.30 pagi
STANDARD PEMBELAJARAN
3.3.3
Murid dapat membina dan menulis jawapan berdasarkan soalan pemahaman dengan betul.
OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i.              Menyebut nilai-nilai murni yang terdapat dalam kisah Rama-rama yang Sombong dan membina ayat berdasarkan nilai murni yang telah dipelajari.
  i.     
AKTIVITI
1.     Guru menayangkan video lagu Kitaran Hidup Si Rama-rama. Guru meminta murid-murid untuk bernyanyi bersama.

2.       Guru mengaitkan video lagu dengan tajuk pembelajaran pada hari ini     “Kisah Rama-rama yang Sombong”.

3.     Guru membaca petikan  yang dipaparkan pada skrin dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

4.     Guru bersoal jawab dengan murid mengenai nilai-nilai murni yang terkandung dalam cerita yang telah diceritakan oleh guru. Guru juga meminta pelajar mengemukakan pengajaran yang terkandung di dalam cerita tersebut.

5.     Guru menjalankan satu aktiviti bersama murid. Aktiviti membuat origami. Guru mengedarkan kertas origami kepada semua murid. Guru menunjukkan langkah-langkah membuat origami rama-rama dan membimbing murid menyiapkan origami tersebut.

6.     Berdasarkan aktiviti yang dijalankan, guru mencungkil idea dan pemikiran pelajar dengan meminta pelajar mengemukakan nilai yang diperolehi berdasarkan aktiviti yang dijalankan.

7.     Sebagai pengukuhan, guru mengedarkan lembaran kerja dan murid dikehendaki membina ayat berdasarkan nilai-nilai yang telah dipelajari berdasarkan cerita “Kisah Rama-rama yang Sombon” dan aktiviti membuat “Origami”.

8.     Guru meminta refleksi daripada pelajar di akhir pengajaran.

Pemulihan
Murid mengemukakan nilai-nilai yang terdapat dalam cerita dan aktiviti yang dijalankan.
Pengayaan
Murid membina ayat berdasarkan nilai-nilai yang telah dipelajari.
PENGISIAN KURIKULUM
Ilmu  :  Sastera, Sivik
Nilai  :  Bekerjasama, Prihatin, Patuh, Gigih
BAHAN BANTU BELAJAR
LCD, video lagu, blog, kertas origami, lembaran kerja
PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Murid dapat membina dan menulis jawapan berdasarkan soalan pemahaman dengan betul.
REFLEKSI
30 orang daripada 36 orang murid telah mencapai objektif P&P.
Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan.
Murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan.



Langkah 1. (Induksi Set)




Langkah 2. (Penceritaan Kisah Si Rama-Rama Yang Sombong.)












Langkah 3. ( Membuat Origami Rama-Rama)


Langkah 4 (Pengukuhan melalui Lembaran Kerja)





Langkah 5 (Penutup )

1. Janganlah kita bersikap sombong dengan kelebihan yang dimiliki.

2. Jangan malu bertanya, kerana malu bertanya sesat jalan.

3.Kita hendaklah mempunyai sikap tolong-menolong antara satu sama lain.




PENUTUP



Nilai-nilai insan merupakan perakara yang sangat penting diamalkan dalam kehidupan untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia.Hal ini kerana berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban dan agama kita. Amalan nilai-nilai insan sebagai jati diri manusia dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Bilangan pelajar di negara kita kini mencecah lima juta orang , seandainya tidak diterapkan dengan nilai-nilai insan sejak di bangku sekolah maka mereka akan menjadi generasi yang akan merugikan negara pada masa kelak. Hal ini kerana, nilai-nilai insan akan mencerminkan suasana kehidupan yang harmoni di Malaysia.

Selain itu, perlu adanya nilai-nilai insan dalam kehidupan adalah untuk membentuk masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama. Kepatuhan kepada agama dapat membentuk insan mulia yang sentiasa patuh kepada Tuhan dan setia kepada negara. Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai insan yang terdapat dalam doktrin agama masing-masing ke dalam jiwa anak-anak. Tambahan pula, nilai-nilai insan yang berasaskan agama penting untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu. Contohnya melalui ajaran Islam sendiri banyak menekankan nilai kemanusiaan dalam ajarannya. Amalan seperti bantu-membantu , ikhlas dan tekun sangat ditekankan dalam Islam.

Di peringkat sekolah pula, didikan moral yang positif dan nilai murni yang diterapkan oleh guru, akan dapat mengelakkan diri pelajar daripada terjebak dalam pelbagai pengaruh negatif luar yang tidak memberikan apa-apa faedah dan manfaat. Usaha mantan Perdana Menteri, Tun Sri Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan subjek Pendidikan Moral di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah dilihat sebagai alternatif bagi memupuk nilai-nilai murni remaja sejak di bangku sekolah. Hal ini demikian kerana negara memerlukan generasi yang berpengetahuan, berwibawa dan berwawasan, berdisiplin, hemah tinggi, dedikasi, berfikiran luas dan memiliki akhlak yang mulia.

Guru-guru dan keadaan sekolah yang kondusif boleh membantu para pelajar untuk mewujudkan nilai insan dalam diri mereka. Kewujudan nilai-nilai insan ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga bidang kokurikulum. Sebagai contohnya, guru-guru yang menunjukkan sikap positif boleh menjadi model  kepada para pelajar. Tambahan pula, keadaan sekolah yang kondusif dan lengkap dengan kemudahan pembelajaran dapat memudahkan para pelajar belajar dan seterusnya dapat memupuk sikap positif dalam diri mereka.

Kesimpulannya nilai-nilai insan mampu membentuk jati diri unggul dalam diri pelajar. Pelajar yang memiliki nilai-nilai insan yang tinggi bukan sahaja menjadi pelajar kebanggaan sekolah semata-mata , sebaliknya menjadi insan yang memiliki nilai perikemanusiaan yang tinggi. Generasi seperti inilah yang diharapkan untuk memacu negara pada masa akan datang dan seterusnya.



Tayangan video nilai murni




No comments:

Post a Comment