Pada
suatu pagi Mat Jenin memanjat sepuluh batang pokok kepala. Dia sudah memetik
lebih daripada lima puluh biji kelapa.
Semasa
memanjat pokok yang kesebelas, Mat Jenin sudah mula berangan-angan dengan upah
memetik kelapa itu nanti akan dibelikannya dua puluh biji telur ayam kampung.
Setelah memetik lima biji kelapa kering daripada pokok kelapa itu, Mat Jenin
tiba-tiba terasa letih dan dia ingin berehat di atas pokok.
Mat
Jenin bertenggek di atas pelepah nyiur yang separuh kering. Dia pun memejamkan
kedua-dua belah matanya dan dia menyambung semula angan-angannya. Telur-telur
ayam yang dibeli itu akan dieramkan dan setelah membiak, ayam-ayam itu akan dijual.
Kemudian wangnya akan dibelikan beberapa ekor kambing dan setelah membiak cukup
besar, kambing itu juga akan dijual. Wangnya akan dibelikan juga beberapa ekor
lembu.
Mat
Jenin tersenyum gembira kerana lembu-lembunya sudah membiak dan gemuk-gemuk belaka.
Jika dijual tentu wangnya dapat dibelikan beberapa ekor kuda dan kuda itu
berguna untuk dijadikan tunggangan menghalau lembu-lembu di kawasan padang
rumput.
Pada
suatu hari semasa Mat Jenin bersiar-siar menunggang kuda putihnya, dia
ternampak puteri raja. Memang sudah lama Mat Jenin berangan-angan hendak
berjumpa dengan tuan puteri. Mat Jenin sungguh gembira kerana dia dapat membawa
tuan puteri menunggang kuda bersam. Tuan Puteri gembira dan meminta Mat Jenin
memacu kuda lebih pantas.
Mat
Jenin terasa badannya terhenjut-henjut dan barulah dia merasa bagaimana
sebenarnya orang menunggang kuda. Mat Jenin tidak sedar yang dia sedang
terhenjut-henjut di atas pelepah nyiur. Akibat terlalu pantas, kuda Mat Jenin
telah tersalah lompat lalu ia terperosok ke dalam perigi buta.
Pada
masa itulah Mat Jenin membuka matanya dan dia mat terkejut kerana dirinya
sedang melayang-layang di udara. Mat Jenin tidak segera buntu fikiran dan dia
cuba mengimbangi badan dan duduk diam di atas pelepah nyiur yang melayang itu.
Akhirnya Mat Jenin berjaya mendarat dengan kedua-dua belah kakinya tercegat.
Jiran-jirannya
terlopong menyaksikan peristiwa itu dan Mat Jenin hanya tersenyum serta
bersyukur kepada Tuhan kerana telah selamat.
“Usaha
tetap jaya, tetapi angan-angan membawa celaka,” kata jirannya setelah mendengar
cerita Mat Jenin.
No comments:
Post a Comment