
Si
Luncai telah dijatuhkan hukuman oleh raja supaya dibuang ke tengah laut. Si
Luncai dihukum kerana kesalahannya mempermain-mainkan raja serta
pembesar-pembesar baginda oleh itu dia menerima hukuman itu dengan tenang.
Pesuruh
raja pun bersiaplah membawa Si Luncai ke dalam perahu untuk dibawa ke tengah
laut kerana Si Luncai akan dibuang ke dalam laut itu nanti. Si Luncai telah
dimasukkan ke dalam sebuah guni dan dipikul ke pangkalan.
Apabila
sekaliannya telah siap, maka perahu itu pun dikayuhlah ke tengah laut. Dari
dalam guni itu Si Luncai dapat melihat beberapa biji labu air terdapat di dalam
perahu. Setelah lama mereka berkayuh, maka Si Luncai berkata; “kasihan benar
aku melihat kamu semua terlalu teruk berkayuh. Mahukah kamu semua jika aku
ajarkan lagu untuk menghilangkan penat kamu semua itu?”
Salah
seorang daripada mereka berkata; “Diamlah kamu, sebentar lagi kamu akan
dicampakkan ke dalam laut ini”. Mendengar kata-kata yang sedemikian itu, maka
Si Luncai pun menyanyilah. “Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan!
Biarkan!”
Mendengar
Si Luncai menyanyi itu, pesuruh raja itu mula tertarik dan beberapa orang
pekayuh mula menyanyi: “Si Luncai terjun dengan labu-labunya!”
Maka
beberapa orang yang lain pun menjawablah: “Biarkan! Biarkan!” Akhirnya mereka
menjadi dua kumpulan menyanyikan lagu itu.
“Si
Luncai terjun dengan labu-labunya!”
“Biarkan!
Biarkan!”
Demikian
lagu itu dinyanyikan berulang-ulang hingga lekalah mereka semuanya.
Melihatkan
keadaan itu, maka Si Luncai pun keluar dari guni dan dia mengisikan beberapa
biji labu ke dalam guni itu dan kemudian dia mengambil dua biji labu yang lain
lalu terjun dar perahu itu. Si Luncai berenang ke tepian menggunakan pelampung
labu air yang dua biji itu.
Apabila
sampai ke tengah laut, pesuruh raja pun mencampakkan guni itu ke dalam laut.
Pada mereka, matilah Si Luncai dan merka pun baliklah memberitahu raja akan hal
itu. Tiada siapa yang tahu bahawa Si Luncai sebenarnya telah berenang sampai ke
pantai.
No comments:
Post a Comment