
Bermulalah
kisah pada suatu petang sang kancil yang cerdik bersiar-siar di dalam hutan
belantara. Sedang ia bersiar-siar tiba-tiba sang kancil telah terjatuh ke
jurang yang amat dalam. Ia cuba untuk keluar berkali-kali malangnya tidak
berjaya. Setelah
segala usaha yang dilakukan adalah sia-sia, sang kancil pun berfikir,
"Macam mana aku nak keluar dari lubang yang sangat dalam ini."
Setelah
lama berfikir namun tiada idea yang bernas untuk sang kancil keluar dari lubang
tadi, namun sang kancil tetap tidak mahu berputus asa. Dalam kebuntuan mencari
idea, sang kancil telah terdengar bunyi tapak kaki yang besar.
"Kalau
bunyi tapak kaki macam ni, ni tak lain, mesti gajah ni!"
Tiba-tiba Sang
Kancil mendapat satu idea yang bernas untuk menyelamatkan diri untuk keluar
dari lubang.Kemudian
Sang gajah yang lalu itupun menegur sang kancil,
"Eh sang kancil, tengah
buat apa?" Tanya si Gajah.
"Menyelamatkan
diri!" Jawab Sang Kancil.
"Dari
apa?" Tanya gajah lagi.
"Dari
bahaya, cuba tengok atas, langit nak runtuh, dah hitam." Balas sang
kancil.
Gajah
yang dungu ini pun terus mempercayai sang kancil bulat-bulat.
"Habis tu
macam mana nak selamatkan diri?" Tanya si gajah.
"Masuklah
sekali dalam lubang ini, kalau langit runtuh pun selamat kita dekat sini."
Tanpa
berfikir panjang sang gajah pun terus melompat ke dalam lubang untuk
menyelamatkan dirinya. Kemudian sang kancil pun mengambil kesempatan untuk
melompat di atas badan gajah dan terus keluar dari lubang yang dalam itu.
"Haha,
padan muka engkau, selamat aku." Kata sang kancil dengan gembiranya.
Kemudian sang kancil pun berlalu pergi
meninggalkan sang gajah yang masih terpinga-pinga di dalam lubang tadi.
Cerita ini tiada nilai moral. Sang Gajah tidak menganiayai Sang Kancil, sebaliknya dirinya dianiayai oleh Sang Kancil pula.
ReplyDeleteSang kancil yang JAHAT
ReplyDelete