
Pada
zaman dahulu tersebutlah kisah Sang Gagak yang bijak. Tibalah pada suatu musim
yang sangat kering, di mana semua haiwan sukar untuk mendapatkan air sebagai
minuman. Sang gagak terjumpa sebuah kendi yang berisi sedikit air. Malangnya kendi
tersebut bermulut kecil dan tinggi.
Sang
Gagak tidak dapat mencapai air tersebut. Dia berfikir mahu membaringkan kendi
itu tetapi Sang Gagak bimbang air yang hanya tinggal sedikit akan tumpah.
Burung gagak tetap berusaha dan berfikir mencari jalan penyelesaian.
Tiba-tiba
sebiji buah yang kecil terjatuh dari pokok di atas kendi itu terus masuk ke
dalam kendi. Sang gagak mendapati air di dalam kendi itu semakin menaik. Sang Gagak
mendapat satu akal. Dia lalu mengambil batu-batu kecil berdekatan kendi, dan
menjatuhkannya ke dalam kendi satu persatu. Setiap kali burung gagak itu
memasukkan batu-batu kecil ke dalam kendi, permukaan air dalam kendi pun
beransur-ansur naik dan bertambah tinggi hingga akhirnya air tersebut dapat
diminum oleh sang gagak. Maka Sang Gagak pun tidak lagi merasa kehausan hasil
kebijaksanaannya.
Saya nak nilai murni cerita ni
ReplyDelete